Rangka Kerja Penilaian Tahap Keterukan Pandemik

Rangka Kerjaa Penilaian Tahap Keterukan Pandemik (PSAF; Pandemic Severity Assessment Framework) ialah rangka kerja evaluaasi yang menggunakan kuadran untuk mengevaluasi tahap penularan dan keterukan klinikan dari suatu pandemik dan menggabungkan keduanya ke dalam anggaran kesan secara keseluruhan.[1] Tahap keterukan klinikal dihitung melalui pelbagai ukuran termasuk tahap kematian kes, nisbah kes hospital, dan tahap kematian hospital. Sementara tahap penularan virus diukur melalui data yang tersedia di antara tahap jangkitan di rumah tangga sekunder, tahap jangkitan di sekolah, tahap jangkitan di tempat kerja, tahap jangkitan dalam komuniti, jangkitan dari darurat dan kunjungan rawatan bergerak untuk penyakit mirip influenza.[2][3]PSAF menggantikan Indeks Keterukan Pandemik (PSI) 2007, yang menganggarkan tahap penyebaran sebanyak 30% dan mengukur tahap kematian kes (CFR) untuk menilai keterukan dan evolusi pandemik.[3] Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menggunapakai PSAF sebagai alat penilaian keterukan pandemik secara rasmi pada tahun 2014,[4] dan ini digunakan sebagai alat penilaian keterukan pandemik rasmi yang tercantum dalam Strategi Pandemik Nasional CDC pada saat pandemik COVID-19.[5] Secara umum, suatu tindakan negara untuk mengatasi pandemik didasarkan kepada hasil ujian pengukuran dari tahap keterukan dalam berupa angka, rangka kerja penilaian seperti PSAF memudahkan para penyelidik untuk menghasilkan suatu ukuran yang sah.[6]